KEUNIKAN SENI BATIK
KELAS CITRA SENI BATIK (SETIAP HARI RABU)
DEFINISI BATIK
Perkataan
“batik” berasal daripada Bahasa Jawa iaitu “ambatik”. “Amba” bererti menulis
dan “tik” bererti titik kecil. Teknik batik telah diketahui lebih seribu
tahun kemungkinan berasal dari Mesir kuno atau Sumeria. Ia terdapat di
beberapa negara di Afrika Barat seperti Cameroon, Mali dan Nigeria atau di Asia seperti Bangladesh,
India, Indonesia, Iran, Malaysia, Sri Lanka dan Thailand. Batik telah
menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di alam Melayu dan sejak lama
yang merangkumi negara-negara Asia Tenggara.
Batik
merupakan salah satu bidang kraftangan tradisional yang unik dan terkenal di
Malaysia. Ia dihasilkan melalui proses penerapan lilin dan pencelupan
warna. Sejarah perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abad
ke-15 Masihi. Perkembangan awal memperlihatkan kesan dan pengaruh batik
daripada Jawa. Mulai tahun 1930-an hingga selepas Perang Dunia Kedua, perusahaan
batik di Malaysia telah berkembang dengan pesat. Para pengusaha batik di
negeri Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada perkembangan batik
di Malaysia.
Selain
itu, batik juga terdapat pelbagai
bentuk antaranya adalah batik tulis, batik skrin, dan batik terap. Terdapat dua motif batik di Malaysia iaitu motif
organik dan motif geometrik. Motif organik biasanya berdasarkan sumber alam,
unsur flora dan fauna manakala motif geometrik merujuk kepada pengolahan
garis-garis halus, segi empat dan susunan rupa geometrik yang lain.
Di
samping itu, terdapat beberapa alatan yang diperlukan untuk menghasilkan batik
seperti canting, pemidang, berus, periuk, dan kuali. Untuk pembuatan batik juga
memerlukan pelbagai bahan seperti kain putih, campuran lilin, bahan pewarna,
pencelup warna, tali pengikat, fixer (pemati warna) dan debu soda.
APA ITU TIE-DYE
Istilah “tie-dye” diambil daripada kosa
kata Bahasa Inggeris yang bermaksud ikat celup. Sebenarnya “tie-dye” adalah
salah satu teknik menwarnakan kain
dengan kain itu diikat dahulu kemudian dicelup dengan warna untuk membentukan
pelbagai corak yang unik daripada hasil ikatan.
Tie-dye merupakan salah satu cara menghasilkan batik. Untuk pelajar seni batik asas cara yang digunakan untuk menghasilkan batik adalah "tie-dye".
GAMBAR-GAMBAR BERIKUT ADALAH HASIL KARYA SAYA