Translate

Wednesday, December 5, 2018

SENI BATIK

                  KEUNIKAN SENI BATIK

KELAS CITRA SENI BATIK (SETIAP HARI RABU)



DEFINISI BATIK
          Perkataan “batik” berasal daripada Bahasa Jawa iaitu “ambatik”. “Amba” bererti menulis dan “tik” bererti titik kecil. Teknik batik telah diketahui lebih seribu tahun kemungkinan berasal dari Mesir kuno atau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Cameroon, Mali dan  Nigeria atau di Asia seperti Bangladesh, India, Indonesia, Iran, Malaysia, Sri Lanka dan Thailand. Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di alam Melayu dan sejak lama yang merangkumi negara-negara Asia Tenggara.
            Batik merupakan salah satu bidang kraftangan tradisional yang unik dan terkenal di Malaysia. Ia dihasilkan melalui proses penerapan lilin dan pencelupan warna. Sejarah perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abad ke-15 Masihi. Perkembangan awal memperlihatkan kesan dan pengaruh batik daripada Jawa. Mulai tahun 1930-an hingga selepas Perang Dunia Kedua, perusahaan batik di Malaysia telah berkembang dengan pesat. Para pengusaha batik di negeri Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada perkembangan batik di Malaysia.
            Selain itu, batik juga terdapat pelbagai bentuk antaranya adalah batik tulis, batik skrin, dan batik terap. Terdapat dua motif batik di Malaysia iaitu motif organik dan motif geometrik. Motif organik biasanya berdasarkan sumber alam, unsur flora dan fauna manakala motif geometrik merujuk kepada pengolahan garis-garis halus, segi empat dan susunan rupa geometrik yang lain.
            Di samping itu, terdapat beberapa alatan yang diperlukan untuk menghasilkan batik seperti canting, pemidang, berus, periuk, dan kuali. Untuk pembuatan batik juga memerlukan pelbagai bahan seperti kain putih, campuran lilin, bahan pewarna, pencelup warna, tali pengikat, fixer (pemati warna) dan debu soda.

APA ITU TIE-DYE
          Istilah “tie-dye” diambil daripada kosa kata Bahasa Inggeris yang bermaksud ikat celup. Sebenarnya “tie-dye” adalah salah satu  teknik menwarnakan kain dengan kain itu diikat dahulu kemudian dicelup dengan warna untuk membentukan pelbagai corak yang unik daripada hasil ikatan.
Tie-dye merupakan salah satu cara menghasilkan batik. Untuk pelajar seni batik asas cara yang digunakan untuk menghasilkan batik adalah "tie-dye". 

GAMBAR-GAMBAR BERIKUT ADALAH HASIL KARYA SAYA















No comments:

GO GREEN FUN RUN KKM18

LARIAN KEDUA SAYA DI UKM          Pada 15 Disember, saya dengan beberapa kawan baik saya telah menyertai Go Green Fun Run yang dianjurkan ...