LARIAN KEDUA SAYA DI UKM
Pada 15 Disember, saya dengan beberapa kawan baik saya telah menyertai Go Green Fun Run yang dianjurkan oleh KKM. Jarak jauh bagi larian ini adalah 6 km. Ini merupakan larian kedua bagi saya di UKM bagi tahun 2018. Pendaftaran bermula pada pukul 7 pagi di Kafeteria KKM. Saya pun membuat pendaftaran tepat pada masa.Sebelum memulakan larian beberapa ahli Lantera Mas telah mengetuai semua peserta untuk membuat senamrobik sebagai latihan memanaskan badan. Selepas itu, maka bermulalah larian pada pukul 8:10 pagi. Laluan larian tersebut adalah di sekeliling UKM. Kali ini saya telah mengguna 50 minit untuk menghabiskan perjalanan larian tersebut. Apabila saya sampai di titik penamat, saya pun diberikan satu pingat penyertaan yang cantik dan ahli AJK program ini juga memberitahu saya sijil penyertaan akan diberikan kemudian.
Berikut adalah berapa gambar yang saya ambil sepanjang program tersebut:
Akhir kata, program ini amat bermakna. Kita haruslah mencintai alam sekitar dengan menyokong program-program seperti ini. Semua pihak bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar yang indah ini.
1 comment:
跑完有Milo喝
Post a Comment