Translate

Monday, September 17, 2018

BIODATA DIRI

               SIAPAKAH SAYA?             


Nama saya May Fong. Saya berumur 20 tahun dan berasal dari Sungai Petani, Kedah. Saya mempunyai tiga orang adik-beradik dan saya merupakan anak bongsu. Malangnya, ayah saya telah meninggal dunia pada masa saya baru berumur tiga tahun. Abang saya ialah salah seorang graduan di Universiti Putra Malaysia manakala kakak saya pula sebagai mahasiswi tahun ketiga di Universiti Sains Malaysia.
Seterusnya, saya ingin menceritakan latar belakang pendidikan saya. Bermula pada tahun 2004 saya belajar prasekolah di Tadika Methodist dan melanjutkan pelajaran tahap rendah di SJK (C) Pekan Lama pada tahun 2005 hingga 2010. Saya menyambung pelajaran tahap menengah dan Pra-Universiti di SMK Dato’ Bijaya Setia dari tahun 2011 hingga 2017. Sekarang saya sebagai seorang mahasisiwi tahun pertama di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kursus yang saya mempelajari ialah Ijazah Sarjanamuda Keusahawanan dan Inovasi dengan Kepujian.
Selepas itu, saya ingin menceritakan serba sedikit tentang minat saya dalam pelbagai bidang. Bagi bidang pendidikan, mata pelajaran yang saya paling suka ialah Ekonomi. Untuk bidang sukan pula saya lebih meminat terhadap acara larian. Saya juga akan meluangkan masa lapang untuk menyanyi, mendengar muzik dan menonton drama. Impian saya agak besar iaitu saya bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan pada masa akan datang.
Di samping itu, saya mahu berkongsi tentang pengalaman sepanjang belajar di sekolah. Saya merupakan seorang yang aktif terlibat dalam acara sukan terutama acara larian. Tiga tahun berturut-turut dari tahun 2014 hingga 2016 saya telah menyertai “SP Half Marathon 12 km” di peringkat kebangsaan. Sepanjang belajar di sekolah menengah, saya pernah memegang jawatan Naib Setiausaha untuk Kadet Bomba dan Kelab Badminton Tingkatan Enam. Saya juga sebagai Naib Bendahari dalam Kelab Catur dan Ketua AJK Biro Akademik dalam Persatuan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Justeru itu, kejayaan yang saya memperolehi ialah Anugerah Gangsa bagi NILAM, tempat kedua dalam Pertandingan Melukis Poster dan Pertandingan Nyanyian Solo Lagu Kemerdekaan di sekolah menengah. Saya juga mendapat Anugerah Sahsiah pada tahun 2014 dan 2017 serta Penghargaan Kehadiran Penuh untuk setiap tahun sepanjang belajar di sekolah menengah. Saya juga memperoleh Sijil Penghargaan Keputusan Cemerlang (PNGK 4.00) STPM 2017 dari Jabatan Pendidikan Kedah Darul Aman dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/ Yan.

GO GREEN FUN RUN KKM18

LARIAN KEDUA SAYA DI UKM          Pada 15 Disember, saya dengan beberapa kawan baik saya telah menyertai Go Green Fun Run yang dianjurkan ...