MARATHON MEMBAWA KEGEMBIRAAN KEPADA SAYA
Saya mula meminat terhadap "marathon" atau disebut sebagai larian jarak jauh apabila saya belajar Tingkatan 1 di SMK Dato' Bijaya Setia pada tahun 2011. Setiap tahun sekolah saya akan mengadakan program Kejohanan Merentas Desa yang laluannya berjarak 5 km. Saya masih ingat lagi apabila saya baru belajar Tingkatan 1, ia merupakan kali pertama saya menyertai program ini. Mula-mulanya saya tidak menaruhkan harapan yang tinggi terhadap diri sendiri kerana dalam hati saya hanya ingin menghabiskan pelarian sampai ke titik akhir. Saya berlari bersama dengan kawan saya. Dia memang seorang yang mempunyai keinginan yang tinggi untuk mendapatkan tempat ke-1 hingga ke-20 kerana pinggat akan diberikan kepada sesiapa yang mendapat tempat ke-1 hingga ke-20. Akhirnya, kita berdua masing-masing mendapat tempat ke-11 dan ke-12.
Pada tahun yang sama iaitu tahun 2011, saya juga mendapat tempat ke-12 dalam aktiviti Karnival 1Murid 1Sukan. Oleh itu, sejak masa itu saya mula memupuk minat terhadap marathon. Pada tahun 2013, saya mendapat tempat ke-14 dalam program Kejohanan Merentas Desa 2013. Untuk tahun yang seterusnya iaitu pada tahun 2014 saya mendapat tempat ke-10 dan juga tahun 2015 saya memperolehi tempat ke-20.
Selain itu, tempat berasal saya iaitu Sungai Petani, Kedah setiap tahun akan mengadakan program "SP Half Marathon" secara besar-besaran dengan tempat permulaan terletak di Jam Besar Sungai Petani. Ia dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu 5km, 12 km dan 21 km. Setiap tahun banyak orang yang yang suka bersenam akan menyertai program malah juga terdapat peserta dari negeri lain dan juga negara lain. Setiap tahun saya akan menyertai yang berjarak 12 km iaitu peringkat kebangsaan. Berturut-turut tiga tahun iaitu pada tahun 2014, 2015 dan juga 2016 saya hanya mengambil bahagian sahaja tetapi saya berasa amat gembira kerana saya juga mendapat sijil penyertaan dan juga pingat.
Pada 29 September 2018, saya telah menyertai aktiviti Larian Anak Merdeka 2018 yang dianjurkan di Panggung Seni, UKM, Bangi. Saya telah menyertai yang berjarak 12 km. Saya berasa sangat gembira kerana saya memperoleh sijil penyertaan dan juga pingat.