Translate

Saturday, December 15, 2018

GO GREEN FUN RUN KKM18

LARIAN KEDUA SAYA DI UKM

         Pada 15 Disember, saya dengan beberapa kawan baik saya telah menyertai Go Green Fun Run yang dianjurkan oleh KKM. Jarak jauh bagi larian ini adalah 6 km. Ini merupakan larian kedua bagi saya di UKM bagi tahun 2018. Pendaftaran bermula pada pukul 7 pagi di Kafeteria KKM. Saya pun membuat pendaftaran tepat pada masa. 

         Sebelum memulakan larian beberapa ahli Lantera Mas telah mengetuai semua peserta untuk membuat senamrobik sebagai latihan memanaskan badan. Selepas itu, maka bermulalah larian pada pukul 8:10 pagi. Laluan larian tersebut adalah di sekeliling UKM. Kali ini saya telah mengguna 50 minit untuk menghabiskan perjalanan larian tersebut. Apabila saya sampai di titik penamat, saya pun diberikan satu pingat penyertaan yang cantik dan ahli AJK program ini juga memberitahu saya sijil penyertaan akan diberikan kemudian.

Berikut adalah berapa gambar yang saya ambil sepanjang program tersebut:








           Akhir kata, program ini amat bermakna. Kita haruslah mencintai alam sekitar dengan menyokong program-program seperti ini. Semua pihak bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar yang indah ini.

SAYANGILAH BUMI TANGGUNGJAWAB KITA










Wednesday, December 5, 2018

SENI BATIK

                  KEUNIKAN SENI BATIK

KELAS CITRA SENI BATIK (SETIAP HARI RABU)



DEFINISI BATIK
          Perkataan “batik” berasal daripada Bahasa Jawa iaitu “ambatik”. “Amba” bererti menulis dan “tik” bererti titik kecil. Teknik batik telah diketahui lebih seribu tahun kemungkinan berasal dari Mesir kuno atau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Cameroon, Mali dan  Nigeria atau di Asia seperti Bangladesh, India, Indonesia, Iran, Malaysia, Sri Lanka dan Thailand. Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di alam Melayu dan sejak lama yang merangkumi negara-negara Asia Tenggara.
            Batik merupakan salah satu bidang kraftangan tradisional yang unik dan terkenal di Malaysia. Ia dihasilkan melalui proses penerapan lilin dan pencelupan warna. Sejarah perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abad ke-15 Masihi. Perkembangan awal memperlihatkan kesan dan pengaruh batik daripada Jawa. Mulai tahun 1930-an hingga selepas Perang Dunia Kedua, perusahaan batik di Malaysia telah berkembang dengan pesat. Para pengusaha batik di negeri Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada perkembangan batik di Malaysia.
            Selain itu, batik juga terdapat pelbagai bentuk antaranya adalah batik tulis, batik skrin, dan batik terap. Terdapat dua motif batik di Malaysia iaitu motif organik dan motif geometrik. Motif organik biasanya berdasarkan sumber alam, unsur flora dan fauna manakala motif geometrik merujuk kepada pengolahan garis-garis halus, segi empat dan susunan rupa geometrik yang lain.
            Di samping itu, terdapat beberapa alatan yang diperlukan untuk menghasilkan batik seperti canting, pemidang, berus, periuk, dan kuali. Untuk pembuatan batik juga memerlukan pelbagai bahan seperti kain putih, campuran lilin, bahan pewarna, pencelup warna, tali pengikat, fixer (pemati warna) dan debu soda.

APA ITU TIE-DYE
          Istilah “tie-dye” diambil daripada kosa kata Bahasa Inggeris yang bermaksud ikat celup. Sebenarnya “tie-dye” adalah salah satu  teknik menwarnakan kain dengan kain itu diikat dahulu kemudian dicelup dengan warna untuk membentukan pelbagai corak yang unik daripada hasil ikatan.
Tie-dye merupakan salah satu cara menghasilkan batik. Untuk pelajar seni batik asas cara yang digunakan untuk menghasilkan batik adalah "tie-dye". 

GAMBAR-GAMBAR BERIKUT ADALAH HASIL KARYA SAYA















Sunday, December 2, 2018

HOBI SAYA

SALAH SATU HOBI SAYA ADALAH MENONTON DRAMA

Saya merupakan seorang yang sangat suka menonton drama. Saya suka menonton drama China, Korea, Hong Kong, Singapura, Thailand, Taiwan dan juga Malaysia. Walau bagaimanapun, saya juga lebih menyukai drama China dan juga drama Korea.

Antara drama China yang sama paling suka adalah "The Princess of Wei Yang" yang dilakon oleh Tang Yan dan Luo Jin pada tahun 2016.


Image result for jin xiu wei yang
Poster Drama "The Princess of Wei Yang"

Seterusnya, antara drama Korea yang sama paling suka ialah "Love In The Moonlight" yang dilakon oleh Park Bo Gum dan juga Kim Yoo Jung pada tahun 2016.

Image result for love in the moonlight
Poster drama "Love In The Moonlight"


LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI ZOO NEGARA MALAYSIA

PENGALAMAN SEBAGAI SUKARELAWAN DI ZOO NEGARA MALAYSIA

Tarikh: 2/12/2018
Masa: 8:30 pagi hingga 2.45 petang


Apabila saya mendapati program ini yang membolehkan kita berpeluang untuk menjadi sukarelawan di Zoo Negara Malaysia, saya memang tertarik dengan program ini. Oleh itu, saya dan kawan baik saya iaitu Vanessa telah bertekad untuk menyertai program ini.

Semua peserta dikehendaki menunggu bas pada pukul 6:45 pagi dan bertolak ke tempat tersebut. Kami sampai lokasi tersebut pada pukul 8:00 pagi. Sebelum memulakan tugasan kita, kita telah menangkap gambar semua ahli. Pada pukul 8:30 pagi, staff Zoo Negara Malaysia memberi sedikit taklimat kepada kita.

Selepas itu, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melaksanakan tugas kita. Saya diaturkan kepada kumpulan yang bertugas di Savvana Walk. Haiwan-haiwan yang terdapat di bahagian ini adalah lembu, kerbau, badak, harimau, singa, rusa dan lain-lain lagi. 

Tugasaan kami adalah membersihkan tempat makan lembu dan memberi makanan yang baharu kepada mereka. Dalam proses pembersihan itu baju saya terkena najis lembu. Pada mulanya, saya berasa amat kotor tetapi pada masa yang sama juga saya telah boleh menerimanya dan membuat tugasan yang diberi oleh kakitangan dalam zoo itu dengan baik.

Selepas bekerja dengan penat, kami pun diberikan masa rehat dari pukul 10:40 pagi hingga 11:20 pagi. Selepas itu, kami sambung sedikit kerja pembersihan dan akhirnya tugasan kami pun siap. Kakitangan zoo itu memberi peluang kepada kami untuk memberi makanan kepada zirafah dan juga menyentuh zirafah.

Berikut adalah gambar yang saya ambil sepanjang di Zoo Negara Malaysia.











                                       

  


  

                                         


 








Saturday, December 1, 2018

PENYAKSIAN ASEAN ART FESTIVAL

ASEAN ART FESTIVAL 2018 (6th UKM)

Tarikh: 1 Dec 2018
Masa  : 8.00pm-11.00pm
Tempat: Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM

Semua pelajar citra kebudayan diwajibkan menghadiri program ini dengan membeli tiket kategori pelajar citra UKM dengan tiket yang bernilai RM 5. Selepas itu, semua pelajar citra kebudayaan hendaklah menghasilkan laporan yang berkaitan dengan program "Asean Art Festival 2018". 

Persembahan dihasilkan oleh mahasiswa dari 9 buah negeri termasuk mahasiswa UKM. Antaranya adalah negeri Thailand, Brunei, Myanmar, Indonesia, Vietnam, Filipina, Republik Korea dan Malaysia.


Pembukaan show dipersembahkan oleh mahasiswa bawah kelab artisukma UKM.


Pembukaan Persembahan dengan memperkenalkan penari-penari dari semua negeri.

Persembahan daripada mahasiswa Jogjakarta, Indonesia.

Persembahan daripada mahasiswa Filipina.







GO GREEN FUN RUN KKM18

LARIAN KEDUA SAYA DI UKM          Pada 15 Disember, saya dengan beberapa kawan baik saya telah menyertai Go Green Fun Run yang dianjurkan ...